Saturday, October 31, 2009

BOATSWAINWHISTLE


Abg. Luqman datang bilik suruh ajar cara untuk buat simpulan untuk woogle..
sebenarnya aku sendiri lupa macam mana nak buat simpulan itu. Ingat-ingat lupa.
Dia minta tolong, sebab esoknya dia ada perkhemahan unit beruniform. Aku pun dengan ingatan separuh lupa dan mengantuk cuba buat.
Tanya aku punyer roomate pun dia pun tak ingat..cuma lupa permulaan jer..waktu tu langsung tak terfikir nak cari benda tu dalam tenet..pastu maman bukak tenet..bila tengok jer kat tenet tu baru ingat..ada sorang budak clifford ajar aku cara nak buat woogle. baru ingat macam ner nak buat. lepas tu laju jer...maman pun cepat tangkap. aku selagi tak dapat siapkan selagi tu la aku tak leh tido..waktu tu dah jam 1 pagi dah..emm..tak kisah sangat sebab aku punyer waktu tido dah memang lari dari yang sepatutnya...siang tido malam berjaga...dah macam vampire.
ikatan ini mcm turkhead, atau serban.
tapi simpulan yang dalam gambar ni bukan tuk woogle..itu simpulan serban, permulaan simpulan utk rambu pengakap raja..

Saturday, September 26, 2009

Sejarah Pengakap Dunia


Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.


Copyright © by Malaysia Scout Movement Portal All Rights Reserved.

MY BIG2 FAMILY



SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

ampun dan maaf ku pinta,
semoga terdaya untuk ku membuka lembaran baru
dalam kamus hidup ku..

Sunday, August 9, 2009

SEDIHNYA RASA HATI

kepercayaan?
masih adakah ia?
entah, mungkin sudah tercicir sepanjang perjalananku merentasi ranjau kekecewaan.
owh! terlupa, ianya baru sahaja dirobek oleh kerakusan seorang sahabat.
patutlah ku merasakan hidupku kosong.
kosong tanpa ada pengertian untuk setiap perkara yang ku lalui.
patutlah ku tidak pernah merasakan erti gembira.
sesungguhnya salahku juga, lembut sangat hati.
ya, sangat lembut hati.
senang hati sahaja menghulurkan sebuah kepercayaan.
aku hulurkan sebuah kepercayaan dengan harapan ianya dibalas semula.
namun bukan sahaja tiada balasan malah ku dibiar terumbang ambing.
em..betulkah persahabatan yang terjalin ini berdasarkan asas sebuah kepercayaan.
aku sangat kecewa. namun kecewaku tiada ubatnya.
kecewaku mati.
kepercayaan..aku kecewa lagi..

HUHOO GENTING....

i wish it should be a best moment ever in my life.....






TIADA YANG LEBIH PENTING

ketika dilahirkan aku menangis
namun orang sekeliling menyambutku dengan senyuman
menyambutku dengan penuh girang
menguar-uarkan kelahiranku setiap ceruk dunia
ku sendiri tidak pasti adakah itu tangisan gembira atau sebaliknya

ku membesar dengan penuh kasih sayang
aku tidak pernah mengenal erti kemarahan
aku tidak pernah mengenal erti rotan
aku membesar tanpa secalit pun kulit ku dilukakan
perjalananku sungguh bahagia

walaupun kadang-kadang aku sering mempersoalkan
mempersoalkan kehidupanku
sedangkan aku lupa
betapa beruntungnya hidupku
betapa beruntungnya aku mempunyai sebuah keluarga
keluarga yang tidak pernah berantakan
keluarga yang alasnya adalah kasih sayang
dan juga ikatan darah yang kuat

ku kenali dunia
melalui kaca mata ayahku
aku kenali kehidupan
melalui kaca mata ibuku
dan aku kenali kerinduan
melalui mata hati abang,kakak dan adik ku

walaupun tiada puas dengan roda yang berputar
namun jiwa ku bersyukur dengan apa ku perolehi
nikmat yang ihsan lain tiada
keriangan yang tiada ganti
menjadi ganti untuk hidupku

aku hidup hanya untuk disayangi
dan ku mati hanya untuk diingati
ku mengharap
bila ku pergi, ku tersenyum
dan mereka menangis
hiduplah dengan penuh penghormatan
supaya ianya memberi seribu erti

Thursday, July 2, 2009

Hatiku

Hatiku berkata tiada siapa mengerti
Senyap selembut angin lalu
Membiarkan diriku dibawa pergi
Pergi jauh tanpa tujuan
Hanyut di dalam dunia realiti

Ku mengharapkan secebis keikhlasan
Setitik rasa belas dan
Segengam kepercayaan

Ku menanti sebuah jawapan
yang tiada persoalan
Apa daya ku
Hidup ini bukan seperti roda
dan hidup ini tidak seindah kata

Thursday, June 25, 2009

EPISOD BARU

Hari baru yang mendatang mengajarku erti kemaafan. Mengajarku erti kematangan. Walaupun sangat perit untuk menafikan hari yang telah berlalu, namun hati ini tetap merasakan bahawa kehidupan yang diselubungi oleh rancau duri menjadikan kehidupan seseorang itu di bayangi oleh kebodohan diri sendiri.

Ku mengharapkan hujan yang turun membawa pergi segala hasad dengki dan juga duka tawa yang lalu, dan membawa seribu erti pada hari baru yang muncul. Membawa pergi kesedihan dan juga air mata supaya ianya menjadi lebih sempurna dan bermakna.

Ku akui bahawa tiadalah diriku sesempurna insan yang hidup dialam fana ini. Ku tidak lekang daripada melakukan kesilapan, Ku juga tidak mungkin seikhlas serta sejernih kristal yang bersinar. Tidak mungkin untuk aku memperdayakan diri sendiri kerna aku insan biasa.

Lumrah hidupku tidak seindah yang ku bayangkan. Maafkan kesilapan yang membaluti erat tubuhku supaya aku mampu menjadi yang lebih baik. Hidup ini hanya seketika dan aku hanya insan biasa.

Aku berusaha untuk memahami diri sendiri kerna aku telah penat untuk memahami hati bicara teman lain. Aku berusaha untuk menyayangi diri ku sendiri namun aku penat kerana hati ku tetap sangat menyayangi mereka di sekelilingku lebih dari diriku. Kerana aku percaya dan akan terus percaya bahawa tanpa mereka siapalah aku.

Aku percaya bahawa persahabatan itu indah. Sehingga tidak tercapai dek diriku untuk membayanginya. Kerna ia sangat bermakna dan tidak ternilai harganya.

Aku percaya sebuah persahabatan itu dibaluti oleh kejujuran, keikhlasan, kepercayaan, kemaafan dan kefahaman. Sesungguhnya nilai sebuah persahabatan itu bukanlah untuk di pertaruhkan.



Saturday, May 16, 2009

SANGAT LETIH

Sangat seronok...dan penat..hehehee..minggu ni gila sikit. Hari Khamis hari tu ikut budak-budak ni main ragbi dekat Teknik Ampangan. Baru je turun padang dua kali, tak sampai setahun jagung, mne la tau main lagi. Tapi aku dapat gambaran sudah macam mana nak main sikit-sikit. Seronok juga sebenarnya.

Semalam pergi berenang dekat Stadium Paroi dengan budak-budak sem 3. Reza ajak, aku naik motor dengan Cipin. Fuhh..penat giler. Aku belajar benda baru..dari dulu lagi aku nak cuba untuk duduk dalam air, dan petang semalam aku dah belajar cara nak duduk dan tenggelam dalam air. Terima kasih kepada yang mengajar. Yang seronoknya aku baru tahu yang aku boleh menyelam dan ianya sangat menerujakan. Dekat tiga jam juga ar kami berendam. Macam-macam aksi, memang kami kuasai lah semua ruang kat kolam tu. hehehee....bayar masuk dua ringgot jer..

Hari ni tak pergi mana-mana, berhaibenate dalam bilik, dari pagi sampai petang aku tidur. Sebenarnya aku rasa semester ni banyak benda giler yang aku lakukan....hehehee...

KENTUT THE TEAM


Ku berdoa semoga setiap saat yang kita luangkan bersama akan menjadi sebuah kenangan yang terindah diantara kita bersama.
Ku memohon kepada Yang Berkuasa semoga menjauhkan kita daripada perasaan hasad dan juga dengki antara satu sama lain walau sebesar zarah sekalipun.
Ku meminta kepada-Nya semoga setiap langkah yang kami ambil, dihadapannya adalah penamat yang mengembirakan.
Ku berharap semoga setiap daripada kita mampu menongkah arus perjuangan dan sentiasa mengecapi kejayaan, kebahagian dan ketenangan di setiap sudut alam.
Ku berharap semoga segala memori yang terindah diantara kita akan tersemat dengan kukuh di hati dan sanubari.


SELAMAT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Kepada semua rakan-rakan bakal guru, semoga menjadi seorang guru yang terbaik.

Pagi tadi aku dapat mesej dari My Big Bos...hehehe Abah aku, dia cakap ada dua kategori guru.
Yang pertama guru yang baik disayangi oleh semua orang dan ..
Yang kedua guru yang garang dibenci anak murid tetapi dikenang sampai bila-bila..
Kemudian, Abah aku pesan jadilah guru yang pertama. Kerana ucapan seorang guru yang baik akan ada pahalanya. Jadilah seorang guru yang serba boleh. Diberi sejadah, boleh menjadi imam. Diajak kenduri, boleh membaca tahlil dan doa selamat. Diberi cangkul, boleh berkebun, bercucuk tanam. Jadilah guru serba boleh dan luas pandangannya.Jangan hanya memikirkan bilalah..gaji nak naik..Selamat Hari Guru.

Abah aku pernah cerita yang dia dulu sememangnya ingin menjadi seorang guru, tapi mungkin tiada rezekinya akhirnya berkhidmat untuk negara sebagai seorang anggota polis. Aku tak pernah kisah apa pekerjaan Abah aku...yang penting aku bangga jadi anak dia..

Thursday, May 14, 2009

GENAP 40 TAHUN

Peristiwa 13 Mei , 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Latar belakang

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

Wednesday, May 13, 2009

MELAYU OH MELAYU

Sedih..melihat situasi yang sedang berlaku di negeri Perak umpama melihat keaiban yang kita lakukan sendiri. Membuka pekung di dada. Sewaktu cuti yang lalu, sempat saya bersiar-siar di sekeliling Bandar Di Raja Kuala Kangsar, bagi saya Kuala Kangsar telah hilang serinya. Tiada lagi serinya. Saya tidak faham, mengapa masyarakat Melayu sendiri sanggup menderhaka kepada Sultan dan membuat satu tindakan drastik yang bukan sahaja tidak menguntungkan mereka malah mencalarkan imej institusi beraja dan melayu itu sendiri.

Obses terhadap politik. Mungkin antara kesimpulan yang dapat saya simpulkan. Ya, masyarakat melayu terlampau obses dengan politik sehinggakan sanggup tergadai maruah dan negeri demi untuk melihat yang dijunjung gembira dengan gelaran yang mungkin dia sendiri tidak mengetahui betapa besarnya tanggungjawab untuk digalas. Menang sorak, kampung tergadai. Apa yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir adalah benar, Melayu Mudah Lupa. Kita lupa dengan apa yang terjadi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kita lupa bagaimana sukarnya nenekmoyang kita berjuang menegakkan kemerdekaan, kita lupa betapa berjasanya Institusi Beraja dalam melindungi hak kita, dan kita lupa jati diri kita kerana kita telah dikaburi dengan pelbagai anasir-anasir luar yang menyelaputi kornea kita sejak kita mula tahu berdiri dengan kaki sendiri. Walhal, tanpa usaha yang terdahulu memelihara hak keistimewaan kita, mungkin kita papa di negara sendiri.

Persoalan utamanya sekarang, siapa kita? dimanakah jati diri kita? Em..mungkin sudah basah di simbah dengan air liur penceramah politik yang suka bercakap berbanding bertindak. Kita tidak pernah belajar dari sejarah kerana melayu mudah lupa bila belajar sejarah. Jadi tidak hairanlah jika matapelajaran sejarah bukanlah matapelajaran yang menjadi minat anak-anak melayu. Alasannya, membosankan.

Mana-mana yang memegang tampuk pemerintahan juga bukanlah satu masalah yang seharusnya diperbesarkan sehingga memberikan kesan negatif kepada pembangunan serta pentadbiran negeri. Selagi pemimpin itu menyedari betapa pentingnya tanggungjawab beliau dan berusaha untuk berlaku adil, itulah yang terbaik.

Apa yang penting Melayu perlu menyedari keadaan bangsanya sekarang, kita hanya hidup untuk berpolitik. Sehingga kita lupa untuk menguasai ekonomi, kemahiran dan teknologi. Anak-anak melayu hanya tahu hiburan. Mungkin Hang Tuah tersilap cakap, kerana Melayu akan hilang juga akhirnya, hilang dari segi jati diri dan jiwa melayu. Hanya yang tinggal jasad yang tidak berguna. Kering tekak menjerit Hidup Melayu! tetapi hanya setakat anak tekak sahaja semangatnya, tidak sampai ke jiwa. Kalaulah sampai ayat keramat tersebut ke jiwa anak-anak melayu, nescaya kalau saya keluar ke Kuala Lumpur sekarang ini saya takkan berjumpa dengan anak-anak Melayu yang rambutnya berwarna perang dan hijau. Insyaallah saya takkan jumpa anak-anak gadis Melayu yang umpama pembalut nangka bergerak. Fikirkanlah demi pertiwi yang kita cintai ini.

Tuesday, May 12, 2009

HAPPY BELATED BIRTHDAY

Walaupun dah lewat beberapa bulan tapi masih ada insan yang ingat hari jadi aku....hehehee...
terharunya, terima kasih kepada Zu dengan Kak Ilah. Sebab ingat kat orang, sebenarnya ucapan sahaja sudah memadai, tak perlukan hadiah pun. Yang paling penting Zu ngan Kak Ilah ingat lagi tarikh lahir orang. Kakak orang pun terbagi hadiah lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Hehee...Mak Cik Yuni lagi ar....wish dekat orang seminggu awal..mungkin sebab orang pun selalu wish birthday dekat dia seminggu awal..confius tarikh... :)

Birthday orang dah lama lepas, bulan Mac hari tu...tapi hari ini ada jugak yang bagi hadiah..walaupun dah dua bulan berlalu..terharunya.. waktu sambut birthday kat rumah hari tu Emak orang buat pulut kuning...dia paksa orang habis kan...hehehee..mula-mula tu bajet nak sorokkan, tapi last2 orang jumpa. Pastu tanya ar pesal pulak buat pulut tengah-tengah hari ni?? Lepas tu memandangkan emak tak pandai menipu terkeluar ar segala rahsia...hehe..tak suprise dah...Selalunya kalau ada abah, abah belikan kek, tapi hari tu abah tak cuti so mak buat lah apa yang mampu. Emak buat pulut sebab dia tahu anak dia sorang ni hantu pulut...hehehee...terima kasih..

p/s:
Pandai yea...teka minyak wangi orang...terima kasih..

Monday, May 11, 2009

PERJALANAN TANPA DIRANCANG

Gunung Tampin, Negeri Sembilan. Tak lama nak naik ke atas...tak sampai 30 minit..bajet nak tengok laut dengan matahari terbenam, tapi huhuhuu.......tak dapat tengok, sebab dihalang dengan pokok-pokok yang tumbuh dekat sekeliling gunung tu.

hehe...yang best nyer, aku tak jalan kaki, tapi naik motor ngan cipin. Bunyi motor Lagenda dia dah jadi macam bunyi bot jer....hahahaa....sampai kat sana dah senja, bertolak dari IP Raja Melewar pukul 3 petang, pergi rumah kakak dia sekejap hantar kereta. Lepas tu pusing-pusing dekat pekan Jelebu sekejap, lepas tu baru terus pergi Tampin, saje...jalan-jalan. Tak sangka pulak yang pekan Tampin tu bersempadan dengan Alor Gajah, Melaka, jadi aku telah melangkah juga ke negeri Melaka. Besar juga pekannya. Cukup kemudahan....

Pagi pada hari yang sama pergi joging kat Taman Tasik Seremban 2 dengan geng-geng kentut, last-last joging satu pusingan jer..pastu jalan kaki 3 pusingan. Memang kentut belaka... lepas jer joging pergi sarapan dekat Ampangan(jauh giler)...pelikkan, kebanyakan kedai makan tutup pada hari Ahad, tak tau la kut ada cuti peristiwa kut pada hari tu, yang pasti hari tu hari ibu...


Makan-makan, kami pergi jalan-jalan. Tengok kedai Dr. Zailah dekat Giant Ampangan, lepas tu pergi tengok rumah Dr. Maridah. Entah macam mana, ada yang teringin nak mandi...pergilah kentut-kentut sekalian ke Jeram Toi...nak sangat mandi....kita rendamkan semua....hahahaha...
lepas tu semua jadi buaya darat, berjemur tengah panas..sebab nak keringkan badan. Nak mandi tapi tak bawa baju lebih....Best..lepas tu baru balik...lepas balik, rehat sejam baru bertolak pergi Jelebu...mandikan kereta dulu dekat Petronas Ampangan... :)

BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS


Bumi Palestin menyaksikan kemusnahan, penindasan dan pembunuhan hampir setiap saat kaki ini menjejak bumi Allah S.W.T. Penafian hak, murahnya nilai nyawa dan juga kekejaman rejim zeonis terhadap penduduk Palestin bukan lagi satu perkara baru.

milah, yu dan zu

Berakhirnya Agenda Zionis menampilkan tiga orang tiga orang ahli panel iaitu Dr. Azzam Tamimi, Dr Mohsen Salleh dan juga Dr. Roslan Mohd Nor. Bertempatkan di Dewan Merdeka, PWTC anjuran Aman Palestin Berhad dan juga Persatuan Belia Islam Nasional, seramai 3000 orang peserta yang menyertai konvensyen ini. Bermula pada jam 8 pagi sehingga 4.30 petang pada 9 Mei yang lalu.