Sedih..melihat situasi yang sedang berlaku di negeri Perak umpama melihat keaiban yang kita lakukan sendiri. Membuka pekung di dada. Sewaktu cuti yang lalu, sempat saya bersiar-siar di sekeliling Bandar Di Raja Kuala Kangsar, bagi saya Kuala Kangsar telah hilang serinya. Tiada lagi serinya. Saya tidak faham, mengapa masyarakat Melayu sendiri sanggup menderhaka kepada Sultan dan membuat satu tindakan drastik yang bukan sahaja tidak menguntungkan mereka malah mencalarkan imej institusi beraja dan melayu itu sendiri.
Obses terhadap politik. Mungkin antara kesimpulan yang dapat saya simpulkan. Ya, masyarakat melayu terlampau obses dengan politik sehinggakan sanggup tergadai maruah dan negeri demi untuk melihat yang dijunjung gembira dengan gelaran yang mungkin dia sendiri tidak mengetahui betapa besarnya tanggungjawab untuk digalas. Menang sorak, kampung tergadai. Apa yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir adalah benar, Melayu Mudah Lupa. Kita lupa dengan apa yang terjadi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kita lupa bagaimana sukarnya nenekmoyang kita berjuang menegakkan kemerdekaan, kita lupa betapa berjasanya Institusi Beraja dalam melindungi hak kita, dan kita lupa jati diri kita kerana kita telah dikaburi dengan pelbagai anasir-anasir luar yang menyelaputi kornea kita sejak kita mula tahu berdiri dengan kaki sendiri. Walhal, tanpa usaha yang terdahulu memelihara hak keistimewaan kita, mungkin kita papa di negara sendiri.
Persoalan utamanya sekarang, siapa kita? dimanakah jati diri kita? Em..mungkin sudah basah di simbah dengan air liur penceramah politik yang suka bercakap berbanding bertindak. Kita tidak pernah belajar dari sejarah kerana melayu mudah lupa bila belajar sejarah. Jadi tidak hairanlah jika matapelajaran sejarah bukanlah matapelajaran yang menjadi minat anak-anak melayu. Alasannya, membosankan.
Mana-mana yang memegang tampuk pemerintahan juga bukanlah satu masalah yang seharusnya diperbesarkan sehingga memberikan kesan negatif kepada pembangunan serta pentadbiran negeri. Selagi pemimpin itu menyedari betapa pentingnya tanggungjawab beliau dan berusaha untuk berlaku adil, itulah yang terbaik.
Apa yang penting Melayu perlu menyedari keadaan bangsanya sekarang, kita hanya hidup untuk berpolitik. Sehingga kita lupa untuk menguasai ekonomi, kemahiran dan teknologi. Anak-anak melayu hanya tahu hiburan. Mungkin Hang Tuah tersilap cakap, kerana Melayu akan hilang juga akhirnya, hilang dari segi jati diri dan jiwa melayu. Hanya yang tinggal jasad yang tidak berguna. Kering tekak menjerit Hidup Melayu! tetapi hanya setakat anak tekak sahaja semangatnya, tidak sampai ke jiwa. Kalaulah sampai ayat keramat tersebut ke jiwa anak-anak melayu, nescaya kalau saya keluar ke Kuala Lumpur sekarang ini saya takkan berjumpa dengan anak-anak Melayu yang rambutnya berwarna perang dan hijau. Insyaallah saya takkan jumpa anak-anak gadis Melayu yang umpama pembalut nangka bergerak. Fikirkanlah demi pertiwi yang kita cintai ini.