Kehidupan Ini Kadangkala Mudah, Kadangkala Menyukarkan. Sering Kali Kita DiDuga Dengan Pelbagai Musibah, Namun Itulah Yang Telah Mewarnai Setiap Saat Nafas Yang Berhembus Dan Juga Udara Yang Di Sedut. Hidup Yang Diwarnai Dengan Pelbagai Ranjau Dan Duri, Menjadikannya Bertambah Indah Dan Sukar Dilupai.
Sangat seronok...dan penat..hehehee..minggu ni gila sikit. Hari Khamis hari tu ikut budak-budak ni main ragbi dekat Teknik Ampangan. Baru je turun padang dua kali, tak sampai setahun jagung, mne la tau main lagi. Tapi aku dapat gambaran sudah macam mana nak main sikit-sikit. Seronok juga sebenarnya.
Semalam pergi berenang dekat Stadium Paroi dengan budak-budak sem 3. Reza ajak, aku naik motor dengan Cipin. Fuhh..penat giler. Aku belajar benda baru..dari dulu lagi aku nak cuba untuk duduk dalam air, dan petang semalam aku dah belajar cara nak duduk dan tenggelam dalam air. Terima kasih kepada yang mengajar. Yang seronoknya aku baru tahu yang aku boleh menyelam dan ianya sangat menerujakan. Dekat tiga jam juga ar kami berendam. Macam-macam aksi, memang kami kuasai lah semua ruang kat kolam tu. hehehee....bayar masuk dua ringgot jer..
Hari ni tak pergi mana-mana, berhaibenate dalam bilik, dari pagi sampai petang aku tidur. Sebenarnya aku rasa semester ni banyak benda giler yang aku lakukan....hehehee...
Ku berdoa semoga setiap saat yang kita luangkan bersama akan menjadi sebuah kenangan yang terindah diantara kita bersama. Ku memohon kepada Yang Berkuasa semoga menjauhkan kita daripada perasaan hasad dan juga dengki antara satu sama lain walau sebesar zarah sekalipun. Ku meminta kepada-Nya semoga setiap langkah yang kami ambil, dihadapannya adalah penamat yang mengembirakan. Ku berharap semoga setiap daripada kita mampu menongkah arus perjuangan dan sentiasa mengecapi kejayaan, kebahagian dan ketenangan di setiap sudut alam. Ku berharap semoga segala memori yang terindah diantara kita akan tersemat dengan kukuh di hati dan sanubari.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Kepada semua rakan-rakan bakal guru, semoga menjadi seorang guru yang terbaik.
Pagi tadi aku dapat mesej dari My Big Bos...hehehe Abah aku, dia cakap ada dua kategori guru. Yang pertama guru yang baik disayangi oleh semua orang dan .. Yang kedua guru yang garang dibenci anak murid tetapi dikenang sampai bila-bila.. Kemudian, Abah aku pesan jadilah guru yang pertama. Kerana ucapan seorang guru yang baik akan ada pahalanya. Jadilah seorang guru yang serba boleh. Diberi sejadah, boleh menjadi imam. Diajak kenduri, boleh membaca tahlil dan doa selamat. Diberi cangkul, boleh berkebun, bercucuk tanam. Jadilah guru serba boleh dan luas pandangannya.Jangan hanya memikirkan bilalah..gaji nak naik..Selamat Hari Guru.
Abah aku pernah cerita yang dia dulu sememangnya ingin menjadi seorang guru, tapi mungkin tiada rezekinya akhirnya berkhidmat untuk negara sebagai seorang anggota polis. Aku tak pernah kisah apa pekerjaan Abah aku...yang penting aku bangga jadi anak dia..
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombongbijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Sedih..melihat situasi yang sedang berlaku di negeri Perak umpama melihat keaiban yang kita lakukan sendiri. Membuka pekung di dada. Sewaktu cuti yang lalu, sempat saya bersiar-siar di sekeliling Bandar Di Raja Kuala Kangsar, bagi saya Kuala Kangsar telah hilang serinya. Tiada lagi serinya. Saya tidak faham, mengapa masyarakat Melayu sendiri sanggup menderhaka kepada Sultan dan membuat satu tindakan drastik yang bukan sahaja tidak menguntungkan mereka malah mencalarkan imej institusi beraja dan melayu itu sendiri.
Obses terhadap politik. Mungkin antara kesimpulan yang dapat saya simpulkan. Ya, masyarakat melayu terlampau obses dengan politik sehinggakan sanggup tergadai maruah dan negeri demi untuk melihat yang dijunjung gembira dengan gelaran yang mungkin dia sendiri tidak mengetahui betapa besarnya tanggungjawab untuk digalas. Menang sorak, kampung tergadai. Apa yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir adalah benar, Melayu Mudah Lupa. Kita lupa dengan apa yang terjadi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kita lupa bagaimana sukarnya nenekmoyang kita berjuang menegakkan kemerdekaan, kita lupa betapa berjasanya Institusi Beraja dalam melindungi hak kita, dan kita lupa jati diri kita kerana kita telah dikaburi dengan pelbagai anasir-anasir luar yang menyelaputi kornea kita sejak kita mula tahu berdiri dengan kaki sendiri. Walhal, tanpa usaha yang terdahulu memelihara hak keistimewaan kita, mungkin kita papa di negara sendiri.
Persoalan utamanya sekarang, siapa kita? dimanakah jati diri kita? Em..mungkin sudah basah di simbah dengan air liur penceramah politik yang suka bercakap berbanding bertindak. Kita tidak pernah belajar dari sejarah kerana melayu mudah lupa bila belajar sejarah. Jadi tidak hairanlah jika matapelajaran sejarah bukanlah matapelajaran yang menjadi minat anak-anak melayu. Alasannya, membosankan.
Mana-mana yang memegang tampuk pemerintahan juga bukanlah satu masalah yang seharusnya diperbesarkan sehingga memberikan kesan negatif kepada pembangunan serta pentadbiran negeri. Selagi pemimpin itu menyedari betapa pentingnya tanggungjawab beliau dan berusaha untuk berlaku adil, itulah yang terbaik.
Apa yang penting Melayu perlu menyedari keadaan bangsanya sekarang, kita hanya hidup untuk berpolitik. Sehingga kita lupa untuk menguasai ekonomi, kemahiran dan teknologi. Anak-anak melayu hanya tahu hiburan. Mungkin Hang Tuah tersilap cakap, kerana Melayu akan hilang juga akhirnya, hilang dari segi jati diri dan jiwa melayu. Hanya yang tinggal jasad yang tidak berguna. Kering tekak menjerit Hidup Melayu! tetapi hanya setakat anak tekak sahaja semangatnya, tidak sampai ke jiwa. Kalaulah sampai ayat keramat tersebut ke jiwa anak-anak melayu, nescaya kalau saya keluar ke Kuala Lumpur sekarang ini saya takkan berjumpa dengan anak-anak Melayu yang rambutnya berwarna perang dan hijau. Insyaallah saya takkan jumpa anak-anak gadis Melayu yang umpama pembalut nangka bergerak. Fikirkanlah demi pertiwi yang kita cintai ini.
Walaupun dah lewat beberapa bulan tapi masih ada insan yang ingat hari jadi aku....hehehee... terharunya, terima kasih kepada Zu dengan Kak Ilah. Sebab ingat kat orang, sebenarnya ucapan sahaja sudah memadai, tak perlukan hadiah pun. Yang paling penting Zu ngan Kak Ilah ingat lagi tarikh lahir orang. Kakak orang pun terbagi hadiah lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Hehee...Mak Cik Yuni lagi ar....wish dekat orang seminggu awal..mungkin sebab orang pun selalu wish birthday dekat dia seminggu awal..confius tarikh... :)
Birthday orang dah lama lepas, bulan Mac hari tu...tapi hari ini ada jugak yang bagi hadiah..walaupun dah dua bulan berlalu..terharunya.. waktu sambut birthday kat rumah hari tu Emak orang buat pulut kuning...dia paksa orang habis kan...hehehee..mula-mula tu bajet nak sorokkan, tapi last2 orang jumpa. Pastu tanya ar pesal pulak buat pulut tengah-tengah hari ni?? Lepas tu memandangkan emak tak pandai menipu terkeluar ar segala rahsia...hehe..tak suprise dah...Selalunya kalau ada abah, abah belikan kek, tapi hari tu abah tak cuti so mak buat lah apa yang mampu. Emak buat pulut sebab dia tahu anak dia sorang ni hantu pulut...hehehee...terima kasih..
p/s: Pandai yea...teka minyak wangi orang...terima kasih..
Gunung Tampin, Negeri Sembilan. Tak lama nak naik ke atas...tak sampai 30 minit..bajet nak tengok laut dengan matahari terbenam, tapi huhuhuu.......tak dapat tengok, sebab dihalang dengan pokok-pokok yang tumbuh dekat sekeliling gunung tu.
hehe...yang best nyer, aku tak jalan kaki, tapi naik motor ngan cipin. Bunyi motor Lagenda dia dah jadi macam bunyi bot jer....hahahaa....sampai kat sana dah senja, bertolak dari IP Raja Melewar pukul 3 petang, pergi rumah kakak dia sekejap hantar kereta. Lepas tu pusing-pusing dekat pekan Jelebu sekejap, lepas tu baru terus pergi Tampin, saje...jalan-jalan. Tak sangka pulak yang pekan Tampin tu bersempadan dengan Alor Gajah, Melaka, jadi aku telah melangkah juga ke negeri Melaka. Besar juga pekannya. Cukup kemudahan....
Pagi pada hari yang sama pergi joging kat Taman Tasik Seremban 2 dengan geng-geng kentut, last-last joging satu pusingan jer..pastu jalan kaki 3 pusingan. Memang kentut belaka... lepas jer joging pergi sarapan dekat Ampangan(jauh giler)...pelikkan, kebanyakan kedai makan tutup pada hari Ahad, tak tau la kut ada cuti peristiwa kut pada hari tu, yang pasti hari tu hari ibu...
Makan-makan, kami pergi jalan-jalan. Tengok kedai Dr. Zailah dekat Giant Ampangan, lepas tu pergi tengok rumah Dr. Maridah. Entah macam mana, ada yang teringin nak mandi...pergilah kentut-kentut sekalian ke Jeram Toi...nak sangat mandi....kita rendamkan semua....hahahaha... lepas tu semua jadi buaya darat, berjemur tengah panas..sebab nak keringkan badan. Nak mandi tapi tak bawa baju lebih....Best..lepas tu baru balik...lepas balik, rehat sejam baru bertolak pergi Jelebu...mandikan kereta dulu dekat Petronas Ampangan... :)
Bumi Palestin menyaksikan kemusnahan, penindasan dan pembunuhan hampir setiap saat kaki ini menjejak bumi Allah S.W.T. Penafian hak, murahnya nilai nyawa dan juga kekejaman rejim zeonis terhadap penduduk Palestin bukan lagi satu perkara baru.
milah, yu dan zu
Berakhirnya Agenda Zionis menampilkan tiga orang tiga orang ahli panel iaitu Dr. Azzam Tamimi, Dr Mohsen Salleh dan juga Dr. Roslan Mohd Nor. Bertempatkan di Dewan Merdeka, PWTC anjuran Aman Palestin Berhad dan juga Persatuan Belia Islam Nasional, seramai 3000 orang peserta yang menyertai konvensyen ini. Bermula pada jam 8 pagi sehingga 4.30 petang pada 9 Mei yang lalu.
She used to be my only enemy and never let me be free Catching me in places that I knew I should'nt be Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad I never thought you would become the friend I never had Back then I didn't know why Why you were misunderstood So now I see through your eyes All that you did was love Mama I love you.Mama I care Mama I love you . Mama my friend. You're my friend I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now Every little thing you said and did was right for me I had a lot of to think about,about the way I usedto be Never had a sense of my responsibility Back then I didn't know why Why you were misunderstood So now I see through your eyes, all that you did was love Mama, I love you. Mama, I care Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend But now I'm sure I know why, Why you were misunderstood So now I see through your eyes All I can give you is love is love Mama I love you. Mama, I care Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend Mama, I love you, Mama ,I care Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend
Sebenarnya aku sendiri tak ingat bila hari ibu, tapi aku tahu yang ia disambut semasa bulan May. Yang aku ingat hanya tarikh lahir ibu aku, 30 haribulan 10 tahun 1964, emm...aku tak panggil ibu, aku panggil emak. Sebenarnya panggilan yang diberikan sama ada ibu, emak, mama atau sebagainya tidak mencerminkan apa-apa keistimewaan, sebaliknya setiap panggilan itu bagi aku membawa makna nan seribu kepada anak-anak dan juga emak. Hanya kita sahaja tahu betapa tingginya darjat serta penghargaan yang kita berikan kepada insan yang kita panggil sebagai ibu.
Kalau boleh aku nak menyambut hari ibu sepanjang tahun, bukan hanya bila tiba sahaja bulan May baru kita teringat nak menyambut hari ibu. Jadi, adakah itu membawa maksud bahawa kita hanya menghargai ibu kita hanya pada bulan May sahaja. Rugilah ....
Perkara yang sangat aku nak lakukan adalah aku nak peluk emak aku sebelum aku tak sempat untuk melakukan. Sepanjang aku meniti alam remaja dan sekarang sudah ingin menginjak ke alam dewasa, aku tidak pernah lagi merasa pelukan seorang ibu, mungkin disebabkan cara didikan keluarga yang agak selamber...hehe...sebenarnya keluarga aku jarang tunjukkan kasih sayang, tetapi kami sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dengan cara kami sendiri...
Bagi aku, mak merupakan insan yang paling tabah pernah aku jumpa, seorang wanita yang sungguh sabar meniti hari, membesarkan anak-anaknya yang tujuh orang, melayan kerenah ibu mertua, dan juga menyelesaikan setiap kerja rumah(walaupun selalu membebel :) tanpa menyusahkan orang lain. Mak aku telah melakukan satu pengorbanan besar, yang mungkin susah untuk setiap bakal ibu pada hari ini untuk melakukan.
Sanggupkah bakal ibu-ibu akan datang berpisah dengan ibubapa serta adik beradik kandung sendiri selama lebih 24 tahun tanpa menyatakan yang kita sangat merindui mereka dan ingin sekali berjumpa dengan mereka, sanggupkah ibu-ibu akan datang terputus hubungan tanpa mengetahui hidup atau matikah ibubapa kandungnya, sanggupkah ibu-ibu akan datang menahan tomahan,caci cerca dan juga perbuatan yang melampaui batas seorang ibu mertua kepada anak menantunya, sanggupkah ibu-ibu akan datang menerima segala fitnah dan juga layanan berat sebelah dari ibu mertua, sanggupkah ibu-ibu akan datang menerima segala yang berlaku dengan redha dan tidak sedikit pun daripada peristiwa yang berlaku diketahui oleh suami tercinta, sanggupkah ibu-ibu akan datang patuh kepada suami tanpa sebarang kata, sanggupkah ibu-ibu akan datang menanggalkan stokin suami selepas mereka pulang dari kerja, sanggupkah anda semua, bakal ibu tidur beralas dan berselimutkan guni sabut kerana disuruh oleh ibu mertua, dan dilayan seperti orang asing oleh ibu mertua, sanggupkah anda....ya..mungkin perkara ini berlaku kepada seorang dalam seribu, tapi sanggupkah anda memegang dan memikul tanggungjawab seorang isteri dan seorang ibu dengan penuh dedikasi dan tidak pernah menyatakan bahawa anda menyesal melakukannya....
Nak tahu, semua perkara di ataslah yang telah dilalui oleh emak aku sepanjang beliau membesarkan kami adik beradik...malah ibu mertuanya pernah mengambil kesempatan keatas kelemahan emak aku untuk memastikan ibu aku meninggalkan suaminya, tetapi beliau tidak pernah pun menceritakan kepada suaminya dan beliau sangat sabar meniti masa. Betapa berat dan pedihnya beliau memikul tanggungjawanya tanpa pernah menyatakan bahawa beliau menyesal menjadi ibu kepada kami...
Malah sekarang, emak aku tak pernah pun membalas balik perbuatan perbuatan masa lalu tersebut, tetapi beliaulah yang menjaga makan berak ibu mertuanya semasa dia tidak lalu untuk berjalan, bergerak mahupun bercakap, emak akulah yang berusaha menoreh getah dan membahagikan hasilnya kepada dua dan memberikan kepada ibu mertuanya, emak aku lah juga yang menemaninya bila ibu mertuanya ketakutkan untuk tinggal seorang diri dirumahnya pada waktu malam...tapi balasan daripada ibu mertua aku tetap sama seperti lalu..
Ketika cucu lain mendapat duit raya sebanyak RM 50 daripada nenek mereka, adik adik aku hanya mampu berputih mata dan aku fikir mereka sendiri sudah memahami situasi sebenar walaupun umur mereka baru sahaja 9 dan 11 tahun. Ketika cucunya yang lain mendapat pakaian-pakaian cantik semasa neneknya pulang mengerjakan haji, adik-adik, emak dan kakak aku hanya mendapat bahagian yang terakhir daripada yang ada. Bukan ingin mengungkit atau mengumpat, tetapi ingin menyatakan rasa hati yang sangat pedih bila melihat itulah penghargaan seorang ibu mertua kepada seorang emak aku yang telah banyak berkorban untuk beliau.
Emak aku adalah yang terbaik, sehingga aku aku tidak pernah melihat emak bergaduh dengan abah, apa yang abah suruh semua emak buat, semua milik emak adalah milik abah...besar pengorbanan yang telah emak aku lakukan....emak aku menangis apabila aku jatuh pengsan dalam tandas waktu umur aku 10 tahun..emak aku menangis bila buat pertama aku mendapat tempat ketiga dalam kelas waktu aku darjah empat, emak sangat suka melihat aku jadi cikgu sehingga semua permohanan aku untuk melanjutkan pelajaran di IPTA dan juga menyertai MISC hanya sampai sekerat jalan sahaja..berkat doa seorang ibu...sebab aku tahu mesti emak selalu berdoa selepas solat supaya aku masuk maktab...
Terima kasih kepada emak aku....walaupun aku selalu buat mak aku sakit jiwa tapi aku nak dunia tahu yang aku sangat sayang kepada insan bernama Nur Mazian binti Abdullah, kerana beliaulah yang telah menjadikan aku seorang manusia dengan berkat daripada Allah S.W.T. Aku sayang abah aku juga..... :) Tahniah sebab jadi abah yang sangat sempoi....
Paper Bio... Untuk soalan struktur; 1. cellular respiration 2. excretion 3. reproduction 4. cell structure and organelle
untuk soalan esei 1. food and balanced diet also read about technology and practical related with food 2. animal and plant respiration 3. classification of nutrition; animal behavior of eating.
Good luck to all my friend. Hopefully we will pass the exam with flying color, and see ya next semester. Let start our study week now, or we will regret later. Anyway Madam Hartini had said that she will give us rewards right....so do the best to being among the best. Good luck.
Walaupun agak lewat untuk menyambut sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini namun sambutan daripada para pelajar amat mengalakkan terutamanya daripada pelajar-pelajar KPLI. Masing kelihatan sungguh bersemangat. Antara pengisiannya adalah, perarakan sepanduk, ceramah, berzanji, nasyid dan bacaan tahlil.
Antara sepanduk yang bertanding, dari Jabatan Pengajian Melayu
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa..... Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita..... Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat Kerana dia juga seorang manusia Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....
Sebagai kekuatan..... Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.....Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu. Tetapi..... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.....
RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....
Majlis Angkat Sumpah Memegang Jawatan dan Pengurniaan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009/2010 IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban.
Untuk kali yang kedua, aku melangkah masuk ke alam kepimpinan yang baru. Sesi 09/10. Jawatan JPP yang disandang aku bukanlah sesuata yang mudah kerana bagi aku banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam organisasi ini. Tugas yang berat untuk YDP baru, saudara Syed Azman. Mengembalikan semula imej JPP sebagai salah sebuah medium yang menyuarakan suara pelajar, serta membantu kebajikan pelajar.
JPP diwujudkan supaya para pelajar terutamanya pelajar IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban terbela dengan hak mereka dan terjaga kebajikannya. Walaubagaimanapun, sekiranya masih tiada kepercayaan, kerjasama, dan juga rasa hormat kepada organisasi yang ditubuhkan atas nama pelajar ini, sudah pasti tiada satu masalah pun dapat diselesaikan. Peliknya, penubuhan ini adalah atas suara pelajar, pelajar yang memilih, kenapa tidak mereka menyokong dan membantu memudahkan keadaan, bukan merumitkan keadaan yang sudah sedia rumit dan kusut.
Menjadi tanggungjawab kami, JPP untuk membantu sebaik mungkin. Tugas kami bukanlah seringgan mata memandang, bantuan terutamanya daripada mantan JPP amat dihargai, bukanlah senyuman sinis yang kami inginkan. Suara pelajar kami ingin dengari bukanlah umpatan belakang yang dipinta. Teguran dan nasihat kami dahagai, bukanlah caci dan serong yang kami perlukan. Bantuan serta semangat untuk melihat yang terbaik adalah yang dicari. Umur kami baru setahun jagung dan kami masih perlukan bimbingan untuk berjalan.
Dengan pelantikan JPP yang baru dan juga rombakan HEP baru, aku mengharapkan hasilnya juga adalah yang terbaik. Dari apa yang aku lihat, JPP kali ini sungguh bersemangat. Syabas dan tahniah atas pelantikan anda semua. Semoga kita berjaya melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.
Semalam pergi bilik Suhaib, emm..sebenarnya dari hari jumaat hari tu aku dah nampak yang Suhaib dah mahir untuk menyelesaikan cubix box tu. Semalam aku belek-belek lah cubix box tu, pastu suruh dia ajar cara untuk selesaikannya. Hehehe....dia ajar, tapi khatam sampai step satu jer...pastu aku tido...Dah lama dah aku belek benda alah tu tapi sampai hari ni tak selesai lagi. Suhaib belajar dengan sifu dia ar..Reza.
Bagusnya cubix box ini kerana ia mengajar kita untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Suhaib entahlah, samada dia adaptasikan benda tu dalam kehidupan dia ker tak, sebab semalam dia baru jer hilang dompet dia untuk kali yang kedua..rasanyer lah....hari tu hilang duit, RM 50...isk2..
Tadi...eee...geramnya..sebenarnya bila kita dah rasa sakit hati dengan seseorang tu adakah masih ada kemungkinan untuk kita berbaik semula???Entah lah...bila fikir balik mengenai masalah yang sedang berlaku ini, teringat balik kat member baik aku...Ain. Dulu pun bergaduh sakan juga, sampai tak tegur, emm...dekat dua tahun jugak. Tapi akhirnya dia yang tegur aku dulu. Bagusnya dia sebab ego dia tak setinggi aku. Apa-apa pun terima kasih sebab masih ingin menjalinkan persahabatan dengan aku..teringat kat kawan-kawan sekolah menengah dulu. SMK. Temenggong, Kati. Seni, Sarah, Ain, Azam, Zubir, Emi, Ijah, Aini, Nabil, Ima, Ida, nak tulis semua ar...satu kelas..Acoh, Bainun, Siti, Shina, Adli, Kundur, Along, Tiqah, Yati, Ina@ Doraemon, Yong, Farid, Aman, Am, Ela....hehe yang takde tu...bukan per..lupa kut...
Banyak kenangan yang kat SMKT tu...dari form 1 hingga form 5...muka yang sama jer...kecuali aku, sarah, seni, ain dan aini...dari tadika lagi...ingat lagi kita pergi tadika dengan basikal sama-sama. Sedihnya hanif dah melencong ke arah yang lain, kalau tak mesti best. Ingat tak bila waktu balik kita main tukar-tukar basikal, yang pasti aku dengan sarah mesti tertinggal kat belakang sebab kami guna basikal tayar mati..hehehe...basikal sarah warna biru, aku ingat..
26 February 09... konvensyen Patriotisme Remaja 2009 kat PICC. hehe....kami datang, kami fly, kami enjoy, kami patah balik dan kami pasang telinga sebelum tidooo........ ; )
Tersergam indah masjid kebanggaan Malaysia.
Masih perlukah lagi konvensyen sebegini bagi melahirkan rasa cinta dan patriotisme dalam diri para remaja pada hari ini?? Kenapa? Apakah keperluannya?? Bagi aku sememangnya sangat perlu konvensyen sebegini diadakan dengan kerap lagi, kerana semangat patriotisme yang tertanam dalam diri remaja boleh diukur dengan pembaris jika dilihat dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, terutamanya masyarakat Melayu yang semakin hilang identitinya.. Betulkah takkan hilang Melayu didunia????
Kecilnya..kerdilnya kita..
Kemana hilangnya...bagi aku sudah tiba masanya Kerajaan dan juga Kementerian Pelajaran mengkaji semula kurikulum dan juga kokurikulum yang terdapat di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Mengapa Kementerian Pelajaran? Kerana segalanya bermula dari sekolah. Percayalah. Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kegagalan sekolah(bukan 100%) membentuk masyarakat yang mempunyai jiwa patriotisme terhadap negara. Kenapa apabila nyayian Lagu Negaraku di mainkan masih terdapat segelintir warga yang mengakui sebagai anak Malaysia masih boleh bercakap, bergerak, membisu, dan tidak ambil peduli? Kadang-kadang, apabila melihat situasi sebegini, terasa sedih dan kecewa. Jika lagu Kebangsaan pun tidak dihormati, adakah mungkin apabila negara berperang mereka ini akan berjuang habis-habisan. Cadangan kerajaan untuk membawa matapelajaran Sejarah ke sekolah rendah amat bagus..tapi berbaloi kah??
Alamanda Putrajaya
Pendapat saya, langkah pertama yang perlu diambil adalah memperkasakan bahasa Melayu kerana terkandung di dalamnya cara berfikir, konsep alam, nilai masyarakat serta ilmu tradisional,agama dan budaya melayu/ malaysia dan juga jati diri, khususnya yang terjalin dalam semua jenis sastera- lisan dan tulisan.
Apa yang berlaku dalam diri masyarakat sekarang ini adalah kerana tidak jelasnya jati diri masyarakat Malaysia. Kenapa?? Kerana sifat Melayu yang sentiasa menjadi lalang. Tidak tetap pendirian. Kita mendominankan bahasa kedua berbanding bahasa pertama. Isu PPSMI, perlukah kita bergaduh sesama Melayu. Untuk makluman, bagi saya sudah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah ke pangkal lengan. Tiada salahnya pengajaran dalam bahasa Inggeris, tapi janganlah kita lupa asal usul. Sebagai salah seorang pelajar sains, saya akui amat sukar untuk belajar mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, namun kebanyakan maklumat yang terdapat didalam buku, internet dalam bahasa Inggeris. Perlunya bahasa Inggeris kerana ia bahasa Ilmu. Kita kurang sumber ilmiah terutamanya dalam subjek Sains yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium pengantarnya. Sangat sedih.
Tadaa....
Perlunya untuk memperkasakan bahasa Melayu kerana ia dapat menanam nilai jati diri dalam diri anak-anak bangsa. Bawa masuk sukatan pelajaran Sastera Melayu kedalam sekolah rendah dan menengah. Sebagai contoh Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin dan banyak lagi. Saya sendiri mengakui saya mengenali karya Sulalatus Salatin hanya apabila menjejak kaki ke alam tingkatan enam. Mujur kaki saya menjejak sekejap ke alam tingkatan enam. Jika tidak??? Sekarang saya sedang cuba untuk menghayati Sulalatus Salatin. Banyak Ilmu dan peristiwa menarik didalamnya. Saya sendiri tidak berminat untuk membaca sejarah Malaysia, namun lebih berminat untuk mendalami sejarah Dunia dan Tamadun-tamadun purba. Kenapa?? kerana saya tidak ada keinginan untuk mendalami sejarah Malaysia. Bagaimana caranya untuk menarik minat pelajar mendalami sejarah negaranya sendiri..
Bahasa sastera Melayu serta ilmunya sudah cukup untuk membentuk jati diri masyarakat terutamanya Melayu. Saya sangat sedih dan kecewa melihat Melayu berbalah kerana kuasa dan kedudukan. Kementerian Pelajaran perlu berhenti menilai sesuatu pencapaian hanya melalui nilai gred peperiksaan sahaja. Fikirkanlah.
Wah....Abg Macho...
Best..kami jelajah Putrajaya. Pergi Masjid, Dataran, Alamanda...tengok wayang cerita Legend Of Chun Li..ingat nak tengok The Punisher, tapi tiket kul 2.30, kami kena balik sebelum 3.30... Layanz....
Kenal tak siapa dalam gambar tu???
Saya bangga jadi rakyat Malaysia kerana saya sayang negara saya. Saya sangat sedih melihat negara kita semakin kelam sinarnya dan semakin hilang jatinya..
Mak... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari, Dah hampir tujuh tahun mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan, Sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tahu tak... Itulah petama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewase... Dan itu jugalah terakhir kalinya. Emmmm... rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... Nak tinggalkan anak2 mak... Nak tinggalkan dunia fana ini...
Mak macam dah sedia... Seminggu sebelum tu... Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... Tanpa rasa mangantuk, tanpa rasa letih... Kakak pun rasa hairan... Mak tak penah buat gitu... Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak... Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam, Kengkadang siaran Indonesia... Mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah besih2... Pastu mak jemur karpet-karpet... Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain... Mak biarkan ruang tu kosong... Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak... Ada kat dalam almari... Ada kat dalam beg... Ada dalam ASB... Ada kat dalam Tabung Haji... Mak ada cakap tak berapa cukup lagi... Ada kat dalam gulung tikar... Masa tu mak perasan tak..?? Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar... Kiter kate mak ni memang pesenn lama laaa... Mak Cuma gelak jer... Eeemmm...bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut... Bila malam tu kiter sampai dari KL... Mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk... Mak tetap takmau pi hospital... Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk... Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital... Tapi kiter berkeras juga pujukk... Nanti di hospital ada doctor... Ada ubat untuk mak... Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak setuju... Mak memeng degil... Tak salah, anak mak yang ni pun mengikut peragai mak tu... Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk... Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit. Kami adik beradik sepakat hantar mak juga ke hospital...
Mak... Ampunkan kami semua... Kami nak mak sihat... Kami sayang mak... Kami tak mahu mak sakit... Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital... Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam tu abang bawa ke hospital Dan itu lah kali pertama terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, Kiter kata nak beli kereta... Mak asyik Tanya ajer ... Cukup ke duit... Kiter jawab pula... Kalau tak cukup, mak kan banyak duit... Mak gelak ajerr... Lepas tu bile kereta kiter sampai... Mak buat kenduri kesyukuran... Bila kiter exsiden terlangar Ah Chong naik motor... Punyer la kiter takut... Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak... Bila balik saja kampong... Kiter cepat2 simpan keta dalam garaj... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... Mak taya kenapa...? Selamber jer kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak... Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak taktau hal sebenar... Mak, kiter menipu mak kan... Ampunkan kiter...
Mak... Jam 4.30pg Bila tiba aja kat hospital... Nurse tengah balut mak dengan kain putih... Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sedut itu... Mesti mak nampak semua tu kann... kann...kannn
Mak tau tak... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20pg kiter memandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasaan... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... Jalan di depan terasa semakin kelam... Airmata dah tak mampu ditahan... Masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan itu kiter rela... Namun Alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... Disebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang... Kosong... sekosong hati ini... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya... Terasa syhadu dan sayu... dinginnnn...
Mak... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca al-quran kat tepi mak, temankan mak... Jam 11.00pg mak dimandi kan... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi... Mak mesti rasa betaba lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak... Kiter gosok kaki mak pelahan lahan... Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter... Dia kata...?dikk... jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu...janngan nangis ya...? Bila makcik tu kata gitu... Lagi lah laju airmata ni... Tapi kiter kawal supaya tak menitis atas mak...
Mak... Sampai takat ini surat ni kiter tulis... Kiter nanyis ni... Ni kat dalam bilik... baru pukul 4.00pg... Takder orang yang bangun lagi... Kiter dengar lagu nasyid tajuk ?anak soleh? kiter sedih... Kiter rindu kat mak...! Takpa la... Nanti bile kiter selesai sembahyang subuh, Kiter baca yassin untuk mak... Mak tunggu ya...
Mak... Sebelum muka mak ditutup buat selamanya... Semua anak2 mak mengelilingi mak... Menatap wajah mak buat kali terakhir... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak... Masa tu kiter sentuh dahi mak... Kiter rasa sejukkk sangat dahi mak... Kiter tak mampu nak cium makk... Kiter tak daya... Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... Tapi kiter suruh tok imam bacakan doa sebab kiter sebak...
Jam 12.00 tghhari mak diusung keluar dari rumah... Akak pula dah terkulai dlm pelukkan makcik... Badan akak terasa panas... Makk... Anak mak yang sorang tu demam... Mak tauu... Cuma akak sorang saja anak anak mak yang mengiringi mak ke tanah perkuburan...
Mak... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak... Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ni berendam airmata... Dah sampai satu tahap... Masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan2... Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi... Semakin kiter tenung terasa semakin sayu... Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu... Kiter cuba bertahan... Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... Nak cacap dengan mak... Anak mak yang ni dah tak betul kan...? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak... Kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata... ?tak baik la nangis aje..doa lah untuk mak...? Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak... Di saat itu keriduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... Rasa nyilu sangat... Menusuk2 sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... Sampai sekarang bila keriduan itu menjelma Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak... Cukup lah sampai sini dulu... Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu... Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... Selalunya, kiter yang bawak mak naikmotor kan... Kali ini kiter jalan kaki dengan kawan pulak Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula... Mule2 kiter tak tahu nak hantar mane surat nih... Pastu kawan kiter bgtau... Simpan je buat kenangan... Kiter cume tau alamat ni aje... Takper yer mak... Kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu... sebab kawan kiter dah lame tunggu tu... Akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH Dan jutan terima kasih kerana membesarkan kiter... Member seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah... Sampai masuk universiti... Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... Boleh rasa duduk kat Negara orang... Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas...
Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada Bila ku perlu Tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenang kau merasa
Siapa Sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila Tiada lagi teman bermain Kau pulang tuk dapatkan aku Itulah aku…padamu
Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada Bila ku perlu Tuk menyatakan rasa sakit Dalam diri
Dan bila kau perlu Setia ku menunggu Agar senang kau merasa
Maafkan kerana aku tak pernah Terlintas tuk menulis pada mu Salahkan ku Tak mungkin lagi aku meminta Untuk kau mendengar.. Untuk kau melihat ke mataku
...emm..lagu ni banyak maknanya bagi diri aku, kalau dengar lagu ini pasti akan terdetik sedikit, even sekelumit rasa. Mungkin kerna isinya yang sungguh dalam makna..memberi lebih baik daripada mengharap, namun jika kita terlebih memberi merana jiwa..
Aku tak balik kampung, walaupun cuti selama 3 hari. Kalau aku balik pun bukannya boleh buat apa pun, buang duit tambang jer cakap bapak aku...hehehee...lagipun hujung bulan ni dah boleh balik sebab cuti sem dah start, budak-budak maktab cuti sekali ngan budak sekolah tapi kami extra seminggu. Masuk balik sem baru bulan enam, lebih kurang 20 haribulan gitu ar..
Boring jugak duduk kat asrama ni..hampir separuh balik, ngan roommate aku sekali pegi balik Johor..yang tinggal kat asrama ni pun hanya delegasi kentut je lah...Tadi pun makan dengan diorang kat kedai kak Na. Jhemban @ kak ilah dengan Sekayip @ Zu pegi terminal nak beli tiket balik kampung tuk cuti sem nanti. Takut habis. Diorang yang duduk pantai Timur biasalah.. Kalau tak beli awal alamatnya nangis tak balik lah..aku pun tak beli lagi, aku Perak jer..tapi kalau tak beli awal mau balik lambat jugak, sebab satu tarikh ngan budak-budak sekolah...x kisah sangat..
Budak-budak ini tadi beriya nak buat projek mengait buah jambu air kat depan padang bola baling tu..tapi sampai sekarang senyap. Confirm tido..Kalau Bheser @ yuni dah tido, tak ingat dunia dah...cuaca agak mendung. Aku tak keluar mana-mana pun. Kat Seremban ni tak tau apa lagi tempat menarik yang aku tak pergi. Minggu ni sangat sibuk. Pergi Pantai ar..mandi sungai, pergi jeram Toi, makan chicken chop..pergi rumah Dr. Maridah, sajer....tengok budak main ragbi kat SEDAR..sangat tidak boleh duduk diam.
sem ni bertambah juga masalah..dengan pensyarah English lagi, setiap sem budak2 ni terlibat dengan masalah..meletuplah Mak Tiri minggu depan. Dia dah siap tempah minggu depan dia nak buat tutorial dua hari. Habis lah kena basuh semua... Najib ngan Pali balik kampung hari ada paper UAK untuk paper BI. Mintak2 tak jadi apa-apa, sebab kalau ikutkan peraturan diorang memang terlibat dengan masalah besar. Gagal UAK bermaksud tak boleh duduk exam. Paling teruk kena ulang sem...aduh..sebenarnya aku pun tak terfikir akan jadi macam ni, ingatkan cuma paper biasa sajer, kalau lah......
Sem lepas pun masalah dengan Pensyarah BI gak, pastu masalah kedatangan Sem sebelum tu masalah dengan exam. Ramai yang kena ulang paper Science. Sem 1st pun masalah jugak....
hehehe...kadang2 tu, kelakar jugak..yelah selalunya bia cakap budak science ni mesti budak baik-baik, tapi kat sini terbalik...unit yang paling banyak buat masalah adalah unit science.. tak datang perhimpunan, lewat ke kelas, masalah dengan pensyarah, buat provokasi...hehehe...
Ingat tak yang aku ngan syafiq buat surat aduan mengenai Danapalan. Pensyarah Ilmu Pendidikan...hehee...pastu cuak gak nak jumpa dia..kalu selisih tu buat-buat tak nampak jer... tak kisah, yang penting hak kita terbela...unit Sc memang tak pernah sunyi dengan masalah...sem depan mesti ada masalah baru...agak2...kita tunggu..
Khamis ni ada paper TITAS...tak study lagi, macam sangat banyak untuk dibaca.
Bersedia atau tidak, nama aku memang dah tersenarai sekali lagi. Sebenarnya last sem dah berhenti, tapi dengar cerita ada beberapa orang yang dilanjutkan tugasnya. Aku sebenarnya tak ready pun nak mengalas tanggungjawb tu lagi. Sebenarnya terfikir juga yang aku mungkin tak mampu nak teruskan. Tapi bila fikir balik, bila diri aku dilantik semula ini bermakna masih ada kepercayaan yang diletak keatas diri aku. Mungkin aku tidak sepatutnya mensia-siakan peluang yang ada ni.
Mungkin aku tidak dapat berjanji untuk melakukan yang terbaik tetapi aku akan mencuba yang lebih baik berbanding sem lepas yang kurasakan sangat hambar dan kosong. Mungkin akan ada beberapa perubahan yang berlaku, memandangkan tampuk pemerintahan juga telah beralih arah. Ini mungkin satu petanda yang sangat bagus. Doakan supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebaik mungkin.
Beban tanggungjawab memang aku akui agak berat, memandangkan aku terpaksa menjaga tatatusila, pergaulan, pandangan orang lain terhadap diri kita dan juga tanggungjawab apabila memegang jawatab tersebut. Memandangkan aku bukanlah orang yang sentiasa patuh kepada peraturan dan aku cepat bosan dengan peraturan..hehehee..peraturan dibuat untuk dilanggar..
harapanku supaya dengan kepercayaan yang diberikan aku dapat melaksanakan segala tanggungjawab yang diberikan. Insyallah....
"Hamba dengar ada hikayat melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."