Friday, May 1, 2009

21KK

Rindunya..dah lama dah tak ikut aktiviti pengakap. Almost 2 years..kepada semua member-member King Scout 06, 21KK daerah Kuala Kangsar, sekali berpengakap...selamanya berpengakap.



Lambang Pengakap.


Aku rindukan bau rumput dekat tapak perkhemahan Sayong Lembah ( Hari tu balik Kuala Kangsar, aku tengok tapak khemah dah diratakan..macam nak bina chalet kat situ..dengar citer tapak khemah dah pindah ke tempat lain...) , terkejut sangat. Ingat lagi, dekat situlah aku bermula..dari lencana usaha sehinggalah persediaan untuk Kem Kembara dekat Tapak Perkhemahan Bota. Banyak kenangan...pahit manis..kena buli, kena marah, berjaga malam siapkan gajet, kena siram air sebab tidur waktu malam kebudayaan...huhuhu...best yer bila ingat balik...kena paksa pijat tahi lembu...tapi aku tak pijak..hehehe...selamat..


Help us..(budak RPK, Clifford, dan Budak Kati.)

Gambar ni waktu aku buat Log Perkhidmatan 24 jam dekat Sekolah Rendah ...lupa ar namanya, tapi dekat ngan SMK Bukit Merchu(persediaan untuk pentarafan pengakap raja). Sebenarnya kat sekolah nilah perkhemahan daerah pertama aku dulu.. perkhemahan lencana Keris Perak, waktu sekolah rendah. Sini lah jugak tempat yang menjadi landasan untuk aku terus berusaha dalam pengakap dan mendapatkan Lencana King Scout. Bawah pokok ni dlu lah tapak khemah aku ngan member2 dari sekolah rendah..dari sini juga lah aku kena Cik Yati ngan Cikgu Amir.


Bila lah...agak-agaknya kita boleh masuk istana ambik Sijil Pengakap Raja..member aku dari Kedah dah dapat dah...susahnya nak dapatkan title tu, macam-macam dah aku korbankan..tapi tak per aku puas hati, dan segala kemahiran yang dipelajari sebenarnya berguna sangat dalam aku menempuh hidup ini..tak sia-sia..

Aktiviti seperti ini sebenarnya membantu kita membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan..


Yang pegang cerek tu..Cik Yati..

Cik Yati, Pesuruhjaya Pengakap Daerah waktu tu....sempoi... cikgu Suhainin, selamatlah ada dia, klu tak tau lah apa jadi kat kitaorang...rindu kat diorang.. rindu ngan member seangkatan..Along, Anam, Faisal(budak-budak Kati), Pea-nut, Naimah, Fad (budak-budak RPK)..haha...kat mner ar korang menghilang..


KAGUM

Penat!!...mid semester breaks ari tu aku join budak-budak ni g KAGUM kat Bandar Penawar, Johor. Jauh giler...bandar tu dalam hutan. Cuba bayangkan jalan masuk saje kena melalui ladang kelapa sawit, felda, kawasan kampung..tup..tup.. jumpa bandar.


Taklimat oleh En.Zul, sebelum bertolak ke Bandar Penawar dari IP Kampus Raja Melewar. Dia bagi kamera baru kepada press..dapat dua...


Bandarnya tak besar sangat, tapi fasiliti mencukupi. Ada stadium, sekolah sukan, sekolah sains, pekannya pun boleh tahan ar...cuma bila ada kat sana macam rasa duduk kat hujung dunia, walaupun terdapat wireless dan sebagainya.



Ni Izad, org yang 1st aku interview..member waktu kayak kemerdekaan kat Johor 08.. dari Pontian ke Danga Bay.



Akak ni berjaya pecah rekod KAGUM acara lontar peluru (P)..huhu..kagum..sangat kagum..


Pergi sebagai press agak memenatkan. Siang malam kena wat berita, pastu kena pegi tangkap gambar sekali. tapi bab tangkap gambar tak kisah, sebab best...KAGUM ni sebenar nya Kejohanan bagi aktiviti kokurikulum antara institut-institut yang terdapat diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


1 st edition of Buletin KAGUM..




Yang ni, gambar waktu hari penutup. Hari last..seronok sangat, sebab x sabar nak balik, nak tido....dr kiri; Abg MC, Aku(pink), Joan, K. Ilah(belakang), Zu, Syafiq and Cipin...


Seronok sebenarnya, sebab aku boleh hilangkan stress..waktu tu memang kepala aku tengah serabut, so aku pun ambillah langkah untuk menyibukkan diri..
Lepas jer gi KAGUM 5 hari, maknanya cuti tinggal tiga hari jer...jumaat, sabtu, ahad....aku balik kampung hari khamis. Merasalah duduk kat rumah sekejap, tup..tup..Abg Lan call, suruh datang Kuantan bawa Mak Ngah, sebab Kak Ani bersalin. waktu tu fikir banyak kali jugak, sebab hari isnin aku kena pegi sekolah, buat PBS, selama seminggu. malas nak pikir lama-lama aku on jer.... walaupun abah macam tak nak bagi.. so bermulalah trip aku ke Kuantan pada hari sabtu tu...dari Ipoh naik train ke KL Sentral(tiket bas habis). Pastu naik bas ke kuantan kat PWTC. Anin dah tunggu dah waktu tu..Sampai jer kuantan pukul 10 gitu ar...Kak Ani dah bersalin. Dapat anak lelaki. Bertambahlah legasi Wan Jama, dan bertambah pening lah..nak uruskan anak sepupu yang semua lelaki tambah ngan adik aku dua orang...hehehee..Aku terpaksa balik hari ahad. penat jugak ar...waktu balik naik bas dari kuantan turun KL. Dalam bas aku kebetulan duduk sebelah ustaz. Dia mengajar dekat Cameron Highlands, kawasan org asli. Dia ckp yang dia bru jer pindah dari sarawak..tp kementerian hantar gak dia ngajar kat pendalaman. Kesian, tapi itu dah jadi tanggungjawab, nak tak nak kita kena pikul.. demi anak bangsa dan juga negara, tiba jer KL aku g lunch kat KFC. Dalam tu plak jumpa dak pompuan chinese ni, nama yer Nicol, 18 tahun, bru jer abis SPM. Study kat kolej, ambik perakaunan. Walaupun baru kenal, banyak perkara yang aku ngan dia sembangkan. dia on d way nak ke johor..bas sama waktu ngan aku. Dia mintak teman kan...Betullah apa yang org kata, ckp dengan org yang kita tidak pernah kenal lebih baik daripda ckp dengan org yang kita dah lama kenal...
Esoknya pegi PBS kat Sek. Keb. Cheh , sekolah lama aku.....

Dah Besar,Dah Semua...

Gambar ini waktu semester satu program persediaan ijazah sarjana muda perguruan program
5 1/2 tahun.

ini gambar waktu semester 3, akhir sem persedian 08

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun dah study kat IPGM Kampus Raja Melewar. Dulu dikenali dengan panggilan Maktab Perguruan, tapi bermula Ogos 2008 yang lalu telah ditukarkan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM)..melayakkan Institut Perguruan untuk mengeluarkan ijazah, bukan lagi diploma dalam bidang perguruan. Selama setahun setenggah sebagai seorang guru pelatih program persediaan (5 1/2 tahun) banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui.

Sekarang ni dah masuk semester satu, tahun pertama ijazah. Macam tak percaya pulak.Ahli kelas pun dah bertambah, daripada 20 orang dah jadi 22..Selamat datang kepada yang dua orang tersebut. Semoga rakan-rakan seperjuangan berjaya mengharungi peperiksaan akan datang. Tinggal dua minggu jer lagi...