Saturday, May 2, 2009

Faizal Tahir - Cuba

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

...emm..lagu ni banyak maknanya bagi diri aku, kalau dengar lagu ini pasti akan terdetik sedikit, even sekelumit rasa. Mungkin kerna isinya yang sungguh dalam makna..memberi lebih baik daripada mengharap, namun jika kita terlebih memberi merana jiwa..

CUTI 1ST MAY

Aku tak balik kampung, walaupun cuti selama 3 hari. Kalau aku balik pun bukannya boleh buat apa pun, buang duit tambang jer cakap bapak aku...hehehee...lagipun hujung bulan ni dah boleh balik sebab cuti sem dah start, budak-budak maktab cuti sekali ngan budak sekolah tapi kami extra seminggu. Masuk balik sem baru bulan enam, lebih kurang 20 haribulan gitu ar..

Boring jugak duduk kat asrama ni..hampir separuh balik, ngan roommate aku sekali pegi balik Johor..yang tinggal kat asrama ni pun hanya delegasi kentut je lah...Tadi pun makan dengan diorang kat kedai kak Na. Jhemban @ kak ilah dengan Sekayip @ Zu pegi terminal nak beli tiket balik kampung tuk cuti sem nanti. Takut habis. Diorang yang duduk pantai Timur biasalah.. Kalau tak beli awal alamatnya nangis tak balik lah..aku pun tak beli lagi, aku Perak jer..tapi kalau tak beli awal mau balik lambat jugak, sebab satu tarikh ngan budak-budak sekolah...x kisah sangat..

Budak-budak ini tadi beriya nak buat projek mengait buah jambu air kat depan padang bola baling tu..tapi sampai sekarang senyap. Confirm tido..Kalau Bheser @ yuni dah tido, tak ingat dunia dah...cuaca agak mendung. Aku tak keluar mana-mana pun. Kat Seremban ni tak tau apa lagi tempat menarik yang aku tak pergi. Minggu ni sangat sibuk. Pergi Pantai ar..mandi sungai, pergi jeram Toi, makan chicken chop..pergi rumah Dr. Maridah, sajer....tengok budak main ragbi kat SEDAR..sangat tidak boleh duduk diam.

sem ni bertambah juga masalah..dengan pensyarah English lagi, setiap sem budak2 ni terlibat dengan masalah..meletuplah Mak Tiri minggu depan. Dia dah siap tempah minggu depan dia nak buat tutorial dua hari. Habis lah kena basuh semua... Najib ngan Pali balik kampung hari ada paper UAK untuk paper BI. Mintak2 tak jadi apa-apa, sebab kalau ikutkan peraturan diorang memang terlibat dengan masalah besar. Gagal UAK bermaksud tak boleh duduk exam. Paling teruk kena ulang sem...aduh..sebenarnya aku pun tak terfikir akan jadi macam ni, ingatkan cuma paper biasa sajer, kalau lah......

Sem lepas pun masalah dengan Pensyarah BI gak, pastu masalah kedatangan Sem sebelum tu masalah dengan exam. Ramai yang kena ulang paper Science. Sem 1st pun masalah jugak....

hehehe...kadang2 tu, kelakar jugak..yelah selalunya bia cakap budak science ni mesti budak baik-baik, tapi kat sini terbalik...unit yang paling banyak buat masalah adalah unit science.. tak datang perhimpunan, lewat ke kelas, masalah dengan pensyarah, buat provokasi...hehehe...

Ingat tak yang aku ngan syafiq buat surat aduan mengenai Danapalan. Pensyarah Ilmu Pendidikan...hehee...pastu cuak gak nak jumpa dia..kalu selisih tu buat-buat tak nampak jer...
tak kisah, yang penting hak kita terbela...unit Sc memang tak pernah sunyi dengan masalah...sem depan mesti ada masalah baru...agak2...kita tunggu..

Khamis ni ada paper TITAS...tak study lagi, macam sangat banyak untuk dibaca.

ERTI SEBUAH TANGGUNGJAWAB

Persidangan JJP IPGM Kebangsaan 08


Bersedia atau tidak, nama aku memang dah tersenarai sekali lagi. Sebenarnya last sem dah berhenti, tapi dengar cerita ada beberapa orang yang dilanjutkan tugasnya. Aku sebenarnya tak ready pun nak mengalas tanggungjawb tu lagi. Sebenarnya terfikir juga yang aku mungkin tak mampu nak teruskan. Tapi bila fikir balik, bila diri aku dilantik semula ini bermakna masih ada kepercayaan yang diletak keatas diri aku. Mungkin aku tidak sepatutnya mensia-siakan peluang yang ada ni.


Mungkin aku tidak dapat berjanji untuk melakukan yang terbaik tetapi aku akan mencuba yang lebih baik berbanding sem lepas yang kurasakan sangat hambar dan kosong. Mungkin akan ada beberapa perubahan yang berlaku, memandangkan tampuk pemerintahan juga telah beralih arah. Ini mungkin satu petanda yang sangat bagus. Doakan supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebaik mungkin.

Beban tanggungjawab memang aku akui agak berat, memandangkan aku terpaksa menjaga tatatusila, pergaulan, pandangan orang lain terhadap diri kita dan juga tanggungjawab apabila memegang jawatab tersebut. Memandangkan aku bukanlah orang yang sentiasa patuh kepada peraturan dan aku cepat bosan dengan peraturan..hehehee..peraturan dibuat untuk dilanggar..

harapanku supaya dengan kepercayaan yang diberikan aku dapat melaksanakan segala tanggungjawab yang diberikan. Insyallah....

BINA INSAN GURU(BIG)


PISMP SC Sem 1 Tahun Pertama


Habis jer PBS(Pengalaman Berasaskan Sekolah) unit Science PISMP 09 semester 1 kena pergi pulak program bina insan. lebih kurang kursus kepimpinan, cuma dalam skop ingin membina intergriti guru jer dalam diri guru-guru pelatih.


Dekat tapak kaki Hang Tuah


Barisan Orang Kuat


Reza


Promote DIGI


Yuni, Dura, Faizah n Ana


Antara aktivitinya ialah, LDK, Kayak, Jungle Tracking, Masakan Rimba, dan Malam Kebudayaan.Enjoy juga ar..tak boring sangat, x letih sangat, dan x menyusahkan sangat. Semua berjalan lancar.Cuma ada dua tiga perkara yang mendatangkan masalah.


Syafiq dan Zu


Ana dan Dura


Sempadan Melaka Negeri Sembilan


Amir ; Tongkat Ali


Antaranya, masalah dengan 'Mak Tiri'. Aku sendiri tak dapat nak mengagak, apa lah yang sebenarnya dia inginkan daripada kami. Setiap kali mesti ada jer perkara yang x kena. Mesti ada perkara yang dia tidak puas hati. Hemm...tapi memang tak di nafikan yang group Sc ini memang banyak masalah pun...tapi kami cool jer...

Baru lepas kayak.


Puan Siti Hartini best. Dia memang ada sifat keibuan dan memahami kami. Puan Nurul pun sangat baik dan tidak menyakitkan hati. Walaupun dalam kelas ada juga kami bawa masalah, tapi dia tetap cool dan positif. Aku suka pendekatan beliau.

Bergambar bersama Kem Komander


Camping ini aku rasakan antara yang paling relaks dan paling banyak makan. Makan sentiasa ada kat dapur. Mungkin kerana sebahagian daripada peserta adalah Vege, so makanan tak luak..

Group aku pulak, semestinya yang terbaik. Dengan adanya bantuan daripada Amir, Dura, Ana.. semuanya berjalan lancar. Yang seronoknya waktu preparation untuk malam Kebudayaan...letih2..sebenarnya takde idea nak buat cerita apa. Temanya Skesta P. Ramlee, Lagu Rakyat dan Lagu Patriotik. Lastly, petang hari nak buat persembahan baru dapat idea. kelam kabut jugak ar..sebab malamnya nak buat persembahan, baru nak berlatih pada petangnya..aku,dura ngan ana perah otak cari idea.

Kak Ilah dan Suria


Najib; Semangat 99


Akhirnya kami buat Skesta Musical Medley Cerita Labu-Labi( Aci-aci buka pintu), Ali Baba Bujang Lapok ( lagu, Haiya Cik Siti) dengan part bukak pintu gua. Lagu Rakyat, Gelang sipaku gelang..slow, sederhana, dan rancak...last sekali penutup lagu Keranamu Malaysia..


Malam Last




Zu dengan Kak Ilah


Dapat tepukan gemuruh dan dua kali tepukan gemuruh oleh para pensyarah. Syabas kepada kumpulan Helang. Kami juara bagi aktiviti LDK dengan kutipan mata 1300. Mengalahkan 6 kumpulan lain. Sedihnya aku terlupa nak bagi kamera kat budak lain untuk rakaman...
jadi tak ada lah rekod..ada tapi tak banyak..



Kategori Bantal & Perwatakan

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya
berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan
yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang
akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat
prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian mereka memerlukan banyak
pendamping. Mereka jarang membuat keputusan
sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat
keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu
semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya
akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!

BURUNG HANTU

Entah, tak tau nak cakap camner..semenjak masuk sem 1 balik ni, kehidupan aku skit tunggang langgang..terutama jadual tidur..siang tidur malam berjaga. Macam tulah sampai sekarang. Kadang-kadang tu sampai pukul 4 pagi pun belum tido. Kalau minggu hantar assigmnt memang comfirm x tido..

Semalam..langsung x tido. Aku keluar overnight. Jadi burung hantu. Pegi jalan2. Semuanya diluar jangkaan. Yang peliknya walaupun tengah takde duit, boleh plak pegi jalan. Bukan aku sorang ar.. ada ar dua tiga org member yang lain..x leh sebut nama..huhuhuu..

mula-mula pegi KLIA, sebab ada yang teringin nak tengok kapal terbang. Duduk dalam sejam.. bila dah muak tengok kapal terbang, kami pegi ke sepang. Dalam pukul 10 mlm gitu ar..Kami pegi Gold Coast, Bagan Lalang rasanya tempatnya.. sajer nak jalan-jalan kat pantai..sambil tu nak makan malam jugak..

Makan kat restoran tepi pantai, tak best sangat..kerang dia berbau, tak pandai masak(haha..komen macam aku tau masak jer), tapi bila lapar semuanya habis..Pastu lepak2 kat pesisiran pantai. Malamnya cantik. Niat nak buat unggun api, tapi tak bernyala. hahaha.... Yang pasti abis semuanya bau asap, sebab banyak asap dari apinya..Dalam pukul 2 pagi kitorang gerak keluar dari Sepang, sebab hari nak hujan. Waktu tu tak nak pegi mana dah..on the way balik Seremban. Tapi janji nak balik pukul 6 pagi, so kami berpakatlah nak pegi PD plak. Sebab ada permintaan.

Pukul 3 pagi sampai PD. Kesian kat driver, kena memandu sorang2. Aku x de lesen, klu aku ada bleh ar gilir-gilir. Sampai PD, hujan rintik-rintik..tapi pastu berhenti..yang lawaknya boleh plak sesat..yelah, pemandangan waktu siang tak sama dengan waktu malam..so tersesatlah..mula-mula pergi kat Teluk Kemang, tapi waktu malam2 gini, pagi sebenarnya.. gelap, takder lampu..so x berani ar nak lepak2..kami pun patah balik belakang lepak dekat pantai kami jumpa waktu mula2 masuk, kat situ ada lampu. Ramai orang jugak. Kami jalan-jalan, main air laut, habis basah separuh badan. Pastu balik pukul 6 pagi..walaupun letih, tapi enjoy..kesian kat driver...sebab pagi tu dia kena gerak ke KL..so agak letih ar..aku risau pun ada. yelah, bukan senang nak drive dalam keadaan yang penat dan ngantuk..

untuk post ni takder gambar..aku x bawak kamera...kalu ada gambar pun x leh letak(sebab2 peribadi)hahaahaa.....a very nice journey and it's will be in my medulla oblaganta forever..