26 February 09...
konvensyen Patriotisme Remaja 2009 kat PICC.
hehe....kami datang, kami fly, kami enjoy, kami patah balik dan kami pasang telinga sebelum tidooo........ ; )
konvensyen Patriotisme Remaja 2009 kat PICC.
hehe....kami datang, kami fly, kami enjoy, kami patah balik dan kami pasang telinga sebelum tidooo........ ; )
Masih perlukah lagi konvensyen sebegini bagi melahirkan rasa cinta dan patriotisme dalam diri para remaja pada hari ini?? Kenapa? Apakah keperluannya?? Bagi aku sememangnya sangat perlu konvensyen sebegini diadakan dengan kerap lagi, kerana semangat patriotisme yang tertanam dalam diri remaja boleh diukur dengan pembaris jika dilihat dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, terutamanya masyarakat Melayu yang semakin hilang identitinya.. Betulkah takkan hilang Melayu didunia????
Kemana hilangnya...bagi aku sudah tiba masanya Kerajaan dan juga Kementerian Pelajaran mengkaji semula kurikulum dan juga kokurikulum yang terdapat di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Mengapa Kementerian Pelajaran? Kerana segalanya bermula dari sekolah. Percayalah. Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kegagalan sekolah(bukan 100%) membentuk masyarakat yang mempunyai jiwa patriotisme terhadap negara. Kenapa apabila nyayian Lagu Negaraku di mainkan masih terdapat segelintir warga yang mengakui sebagai anak Malaysia masih boleh bercakap, bergerak, membisu, dan tidak ambil peduli? Kadang-kadang, apabila melihat situasi sebegini, terasa sedih dan kecewa. Jika lagu Kebangsaan pun tidak dihormati, adakah mungkin apabila negara berperang mereka ini akan berjuang habis-habisan. Cadangan kerajaan untuk membawa matapelajaran Sejarah ke sekolah rendah amat bagus..tapi berbaloi kah??
Pendapat saya, langkah pertama yang perlu diambil adalah memperkasakan bahasa Melayu kerana terkandung di dalamnya cara berfikir, konsep alam, nilai masyarakat serta ilmu tradisional,agama dan budaya melayu/ malaysia dan juga jati diri, khususnya yang terjalin dalam semua jenis sastera- lisan dan tulisan.
Apa yang berlaku dalam diri masyarakat sekarang ini adalah kerana tidak jelasnya jati diri masyarakat Malaysia. Kenapa?? Kerana sifat Melayu yang sentiasa menjadi lalang. Tidak tetap pendirian. Kita mendominankan bahasa kedua berbanding bahasa pertama. Isu PPSMI, perlukah kita bergaduh sesama Melayu. Untuk makluman, bagi saya sudah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah ke pangkal lengan. Tiada salahnya pengajaran dalam bahasa Inggeris, tapi janganlah kita lupa asal usul. Sebagai salah seorang pelajar sains, saya akui amat sukar untuk belajar mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, namun kebanyakan maklumat yang terdapat didalam buku, internet dalam bahasa Inggeris. Perlunya bahasa Inggeris kerana ia bahasa Ilmu. Kita kurang sumber ilmiah terutamanya dalam subjek Sains yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium pengantarnya. Sangat sedih.

Tadaa....
Best..kami jelajah Putrajaya. Pergi Masjid, Dataran, Alamanda...tengok wayang cerita Legend Of Chun Li..ingat nak tengok The Punisher, tapi tiket kul 2.30, kami kena balik sebelum 3.30... Layanz....Perlunya untuk memperkasakan bahasa Melayu kerana ia dapat menanam nilai jati diri dalam diri anak-anak bangsa. Bawa masuk sukatan pelajaran Sastera Melayu kedalam sekolah rendah dan menengah. Sebagai contoh Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin dan banyak lagi. Saya sendiri mengakui saya mengenali karya Sulalatus Salatin hanya apabila menjejak kaki ke alam tingkatan enam. Mujur kaki saya menjejak sekejap ke alam tingkatan enam. Jika tidak??? Sekarang saya sedang cuba untuk menghayati Sulalatus Salatin. Banyak Ilmu dan peristiwa menarik didalamnya. Saya sendiri tidak berminat untuk membaca sejarah Malaysia, namun lebih berminat untuk mendalami sejarah Dunia dan Tamadun-tamadun purba. Kenapa?? kerana saya tidak ada keinginan untuk mendalami sejarah Malaysia. Bagaimana caranya untuk menarik minat pelajar mendalami sejarah negaranya sendiri..
Bahasa sastera Melayu serta ilmunya sudah cukup untuk membentuk jati diri masyarakat terutamanya Melayu. Saya sangat sedih dan kecewa melihat Melayu berbalah kerana kuasa dan kedudukan. Kementerian Pelajaran perlu berhenti menilai sesuatu pencapaian hanya melalui nilai gred peperiksaan sahaja. Fikirkanlah.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia kerana saya sayang negara saya. Saya sangat sedih melihat negara kita semakin kelam sinarnya dan semakin hilang jatinya..