Wednesday, May 6, 2009

ANGKAT SUMPAH & WATIKAH PELANTIKAN

Majlis Angkat Sumpah Memegang Jawatan dan Pengurniaan Watikah Pelantikan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009/2010
IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban.


Untuk kali yang kedua, aku melangkah masuk ke alam kepimpinan yang baru. Sesi 09/10. Jawatan JPP yang disandang aku bukanlah sesuata yang mudah kerana bagi aku banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam organisasi ini. Tugas yang berat untuk YDP baru, saudara Syed Azman. Mengembalikan semula imej JPP sebagai salah sebuah medium yang menyuarakan suara pelajar, serta membantu kebajikan pelajar.

JPP diwujudkan supaya para pelajar terutamanya pelajar IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban terbela dengan hak mereka dan terjaga kebajikannya. Walaubagaimanapun, sekiranya masih tiada kepercayaan, kerjasama, dan juga rasa hormat kepada organisasi yang ditubuhkan atas nama pelajar ini, sudah pasti tiada satu masalah pun dapat diselesaikan. Peliknya, penubuhan ini adalah atas suara pelajar, pelajar yang memilih, kenapa tidak mereka menyokong dan membantu memudahkan keadaan, bukan merumitkan keadaan yang sudah sedia rumit dan kusut.

Menjadi tanggungjawab kami, JPP untuk membantu sebaik mungkin. Tugas kami bukanlah seringgan mata memandang, bantuan terutamanya daripada mantan JPP amat dihargai, bukanlah senyuman sinis yang kami inginkan. Suara pelajar kami ingin dengari bukanlah umpatan belakang yang dipinta. Teguran dan nasihat kami dahagai, bukanlah caci dan serong yang kami perlukan. Bantuan serta semangat untuk melihat yang terbaik adalah yang dicari. Umur kami baru setahun jagung dan kami masih perlukan bimbingan untuk berjalan.

Dengan pelantikan JPP yang baru dan juga rombakan HEP baru, aku mengharapkan hasilnya juga adalah yang terbaik. Dari apa yang aku lihat, JPP kali ini sungguh bersemangat. Syabas dan tahniah atas pelantikan anda semua. Semoga kita berjaya melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.

No comments: