
Gambar ini waktu semester satu program persediaan ijazah sarjana muda perguruan program
5 1/2 tahun.

ini gambar waktu semester 3, akhir sem persedian 08

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun dah study kat IPGM Kampus Raja Melewar. Dulu dikenali dengan panggilan Maktab Perguruan, tapi bermula Ogos 2008 yang lalu telah ditukarkan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM)..melayakkan Institut Perguruan untuk mengeluarkan ijazah, bukan lagi diploma dalam bidang perguruan. Selama setahun setenggah sebagai seorang guru pelatih program persediaan (5 1/2 tahun) banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui.
Sekarang ni dah masuk semester satu, tahun pertama ijazah. Macam tak percaya pulak.Ahli kelas pun dah bertambah, daripada 20 orang dah jadi 22..Selamat datang kepada yang dua orang tersebut. Semoga rakan-rakan seperjuangan berjaya mengharungi peperiksaan akan datang. Tinggal dua minggu jer lagi...
No comments:
Post a Comment