Friday, May 1, 2009

21KK

Rindunya..dah lama dah tak ikut aktiviti pengakap. Almost 2 years..kepada semua member-member King Scout 06, 21KK daerah Kuala Kangsar, sekali berpengakap...selamanya berpengakap.



Lambang Pengakap.


Aku rindukan bau rumput dekat tapak perkhemahan Sayong Lembah ( Hari tu balik Kuala Kangsar, aku tengok tapak khemah dah diratakan..macam nak bina chalet kat situ..dengar citer tapak khemah dah pindah ke tempat lain...) , terkejut sangat. Ingat lagi, dekat situlah aku bermula..dari lencana usaha sehinggalah persediaan untuk Kem Kembara dekat Tapak Perkhemahan Bota. Banyak kenangan...pahit manis..kena buli, kena marah, berjaga malam siapkan gajet, kena siram air sebab tidur waktu malam kebudayaan...huhuhu...best yer bila ingat balik...kena paksa pijat tahi lembu...tapi aku tak pijak..hehehe...selamat..


Help us..(budak RPK, Clifford, dan Budak Kati.)

Gambar ni waktu aku buat Log Perkhidmatan 24 jam dekat Sekolah Rendah ...lupa ar namanya, tapi dekat ngan SMK Bukit Merchu(persediaan untuk pentarafan pengakap raja). Sebenarnya kat sekolah nilah perkhemahan daerah pertama aku dulu.. perkhemahan lencana Keris Perak, waktu sekolah rendah. Sini lah jugak tempat yang menjadi landasan untuk aku terus berusaha dalam pengakap dan mendapatkan Lencana King Scout. Bawah pokok ni dlu lah tapak khemah aku ngan member2 dari sekolah rendah..dari sini juga lah aku kena Cik Yati ngan Cikgu Amir.


Bila lah...agak-agaknya kita boleh masuk istana ambik Sijil Pengakap Raja..member aku dari Kedah dah dapat dah...susahnya nak dapatkan title tu, macam-macam dah aku korbankan..tapi tak per aku puas hati, dan segala kemahiran yang dipelajari sebenarnya berguna sangat dalam aku menempuh hidup ini..tak sia-sia..

Aktiviti seperti ini sebenarnya membantu kita membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan..


Yang pegang cerek tu..Cik Yati..

Cik Yati, Pesuruhjaya Pengakap Daerah waktu tu....sempoi... cikgu Suhainin, selamatlah ada dia, klu tak tau lah apa jadi kat kitaorang...rindu kat diorang.. rindu ngan member seangkatan..Along, Anam, Faisal(budak-budak Kati), Pea-nut, Naimah, Fad (budak-budak RPK)..haha...kat mner ar korang menghilang..


No comments: