Bersedia atau tidak, nama aku memang dah tersenarai sekali lagi. Sebenarnya last sem dah berhenti, tapi dengar cerita ada beberapa orang yang dilanjutkan tugasnya. Aku sebenarnya tak ready pun nak mengalas tanggungjawb tu lagi. Sebenarnya terfikir juga yang aku mungkin tak mampu nak teruskan. Tapi bila fikir balik, bila diri aku dilantik semula ini bermakna masih ada kepercayaan yang diletak keatas diri aku. Mungkin aku tidak sepatutnya mensia-siakan peluang yang ada ni.
Mungkin aku tidak dapat berjanji untuk melakukan yang terbaik tetapi aku akan mencuba yang lebih baik berbanding sem lepas yang kurasakan sangat hambar dan kosong. Mungkin akan ada beberapa perubahan yang berlaku, memandangkan tampuk pemerintahan juga telah beralih arah. Ini mungkin satu petanda yang sangat bagus. Doakan supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebaik mungkin.
Beban tanggungjawab memang aku akui agak berat, memandangkan aku terpaksa menjaga tatatusila, pergaulan, pandangan orang lain terhadap diri kita dan juga tanggungjawab apabila memegang jawatab tersebut. Memandangkan aku bukanlah orang yang sentiasa patuh kepada peraturan dan aku cepat bosan dengan peraturan..hehehee..peraturan dibuat untuk dilanggar..
harapanku supaya dengan kepercayaan yang diberikan aku dapat melaksanakan segala tanggungjawab yang diberikan. Insyallah....Mungkin aku tidak dapat berjanji untuk melakukan yang terbaik tetapi aku akan mencuba yang lebih baik berbanding sem lepas yang kurasakan sangat hambar dan kosong. Mungkin akan ada beberapa perubahan yang berlaku, memandangkan tampuk pemerintahan juga telah beralih arah. Ini mungkin satu petanda yang sangat bagus. Doakan supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebaik mungkin.
Beban tanggungjawab memang aku akui agak berat, memandangkan aku terpaksa menjaga tatatusila, pergaulan, pandangan orang lain terhadap diri kita dan juga tanggungjawab apabila memegang jawatab tersebut. Memandangkan aku bukanlah orang yang sentiasa patuh kepada peraturan dan aku cepat bosan dengan peraturan..hehehee..peraturan dibuat untuk dilanggar..

No comments:
Post a Comment