Saturday, May 2, 2009

BINA INSAN GURU(BIG)


PISMP SC Sem 1 Tahun Pertama


Habis jer PBS(Pengalaman Berasaskan Sekolah) unit Science PISMP 09 semester 1 kena pergi pulak program bina insan. lebih kurang kursus kepimpinan, cuma dalam skop ingin membina intergriti guru jer dalam diri guru-guru pelatih.


Dekat tapak kaki Hang Tuah


Barisan Orang Kuat


Reza


Promote DIGI


Yuni, Dura, Faizah n Ana


Antara aktivitinya ialah, LDK, Kayak, Jungle Tracking, Masakan Rimba, dan Malam Kebudayaan.Enjoy juga ar..tak boring sangat, x letih sangat, dan x menyusahkan sangat. Semua berjalan lancar.Cuma ada dua tiga perkara yang mendatangkan masalah.


Syafiq dan Zu


Ana dan Dura


Sempadan Melaka Negeri Sembilan


Amir ; Tongkat Ali


Antaranya, masalah dengan 'Mak Tiri'. Aku sendiri tak dapat nak mengagak, apa lah yang sebenarnya dia inginkan daripada kami. Setiap kali mesti ada jer perkara yang x kena. Mesti ada perkara yang dia tidak puas hati. Hemm...tapi memang tak di nafikan yang group Sc ini memang banyak masalah pun...tapi kami cool jer...

Baru lepas kayak.


Puan Siti Hartini best. Dia memang ada sifat keibuan dan memahami kami. Puan Nurul pun sangat baik dan tidak menyakitkan hati. Walaupun dalam kelas ada juga kami bawa masalah, tapi dia tetap cool dan positif. Aku suka pendekatan beliau.

Bergambar bersama Kem Komander


Camping ini aku rasakan antara yang paling relaks dan paling banyak makan. Makan sentiasa ada kat dapur. Mungkin kerana sebahagian daripada peserta adalah Vege, so makanan tak luak..

Group aku pulak, semestinya yang terbaik. Dengan adanya bantuan daripada Amir, Dura, Ana.. semuanya berjalan lancar. Yang seronoknya waktu preparation untuk malam Kebudayaan...letih2..sebenarnya takde idea nak buat cerita apa. Temanya Skesta P. Ramlee, Lagu Rakyat dan Lagu Patriotik. Lastly, petang hari nak buat persembahan baru dapat idea. kelam kabut jugak ar..sebab malamnya nak buat persembahan, baru nak berlatih pada petangnya..aku,dura ngan ana perah otak cari idea.

Kak Ilah dan Suria


Najib; Semangat 99


Akhirnya kami buat Skesta Musical Medley Cerita Labu-Labi( Aci-aci buka pintu), Ali Baba Bujang Lapok ( lagu, Haiya Cik Siti) dengan part bukak pintu gua. Lagu Rakyat, Gelang sipaku gelang..slow, sederhana, dan rancak...last sekali penutup lagu Keranamu Malaysia..


Malam Last




Zu dengan Kak Ilah


Dapat tepukan gemuruh dan dua kali tepukan gemuruh oleh para pensyarah. Syabas kepada kumpulan Helang. Kami juara bagi aktiviti LDK dengan kutipan mata 1300. Mengalahkan 6 kumpulan lain. Sedihnya aku terlupa nak bagi kamera kat budak lain untuk rakaman...
jadi tak ada lah rekod..ada tapi tak banyak..



No comments: